Do click on the upper Follow button on My Blog, I'll Follow U Back :)

Selasa, 24 September 2013

SIGMUND FREUD

SIGMUND FREUD


               Sigmund lahir pada 6 Mei 1856. Nama sebenarnya Signmund Schlomo Freud yang dilahirkan dalam kalangan keluarga yahudi di Freiberg (Pribor),Moraria dalam Empayar Austria (dimiliki oleh Republik Crezh).Namun pada tahun 1877 ketika beliau berumur 21 tahun,beliau telah menyingkatkan namanya kepada 'Sigmund'.Beliau tinggal dalam sebuah keluarga yang terhad dari segi kewangannya dan tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah pangsa yang kecil dan penuh sesak. Kerana keadaan keluarganya yang dianggap pelik dan aneh telah mendorong Sigmund Freud untuk mengkaji dengan mendalam tentang teori-teori kehidupan manusia. Pada mulanya mereka tinggal di Vienna tetapi terpaksa berpindah ke London semasa pemerintahan Nazi. Beliau merupakan seorang yang intelektual sejak dari zaman kecil lagi dan merupakan kebanggaan dan sangat di sayangi oleh kedua ibubapanya lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Beliau merupakan anak yang sulung daripada tiga orang adik perempuan dan lima orang adik lelaki. Beliau juga mempunyai abang-abang tiri dari perkahwinan pertama ayahnya. Ayahnya pernah berkahwin sebanyak dua kali dan merupakan seorang saudagar penjual bulu kambing.

             Sigmund Freud seorang yang genius sejak kecil dan ketika berusia 9 tahun, beliau pernah belajar di sekolah tinggi Sperl Gymnasium dimana sekolah menempatkan celik pandai. Di Sperl Gymnasium itulah Sigmund mula meminati sejarah dan kemanusiaan dan menarik perhatiannya untuk menceburi bidang undang-undang. Tetapi beliau telah menyertai satu pertandingan esei berkaitan alam tabii yang membangkitkan cita-cita saintifiknya. Beliau pernah mendapat tempat pertama sepanjang 6 tahun daripada 8 tahun tempoh pengajiannya di Universiti Vienna. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Vienna pada umur 17 tahun dari tahun 1873-1881. Sigmund mendapatkan ijazah perubatannya pada tahun 1881 dan berhasrat untuk berkahwin pada tahun seterusnya. Kerja dan teori Sigmund ialah membantu kita membentuk pandangan zaman kanak-kanak, personaliti, seksualiti, ingatan dan terapi. Sigmund merupakan seorang yang berpengaruh yang hebat kepada saintis-saintis yang lain seperti Leornardo Da Vinci. Sigmund Freud merupakan seorang pengasas dan pelopor kepada teori psikoanalitik yang diperkenalkan oleh beliau pada tahun 80-an.

              Bagaimanapun beliau telah memusnahkan dokumen-dokumen peribadi mengenai dirinya sebanyak 2 kali. Sekali pada tahun 1885 dan kali kedua pada tahun 1907. Namun begitu dokumennya telah dikawal ketat dalam Arkib Sigmund Freud dan diberi kepada periwayat hidup rasminya iaitu Emest Jones dan kepada ahli-ahli dalam bidang psikoanalisis.

               Memandangkan dirinya merupakan seorang saintis yang terkemuka bukannya seorang doktor, Sigmung berusaha untuk memahami pemikiran manusia dan pengalaman. Pada tahun 1886, beliau telah membuka sebuah klinik berkaitan sarat dan otot. Pada tahun yang sama juga, beliau telah berkahwin dengan pilihannya iaitu Martha Bernays dan dikurniakan 2 orang anak, seorang anak lelaki bernama Ernist L.Freud dan seorang anak perempuan bernama Anna Freud. Beliau telah membuat ulang kaji berkaitan hipnotisme (kawalan bawah sedar) kepada pesakit-pesakit histeria dan neurosis yang paling teruk. Semasa beliau membaringkan pesakit-pesakit, beliau mendapati bahawa pesakit-pesakit tersebut dapat berkata apa-apa sahaja yang diarahkan tanpa sedar. Idea untuk mengkaji tentang penyakit histeria ini merupakan ilham yang diambil daripada pesakitnya Dora atau nama sebenarnya Ida Breur. Namun tidak lama selepas itu beliau telah menutup kliniknya.


             Namun apabila melewati usia 40-an, beliau menghadapi banyak penyakit dan mimpi ngeri antaranya sejenis penyakit psikosomatik serta ketakutan yang berlebihan terhadap kematian sendiri dan fobia-fobia yang lain (Corey 2001,m.s.67). Melalui kajian daripada mimpi-mimpi yang dialaminya sendiri, Sigmund dapat memahami perkembangan peribadi seseorang. Beliau juga terlibat dalam mengkaji mimpi-mimpi sendiri serta dinamik perkembangan personaliti. Penyakit yang dihadapinya termasuklah perasaan musuh terhadap ayahnya sendiri iaitu Jacob Freud dan mengingati nafsu berahi zaman kanak-kanak terhadap ibunya yang merupakan seorang berperwatakan mesra,menarik dan bersifat melindungi. Emosi tersebut dianggap kreatif dalam tempoh hidupnya.

            Sigmund merupakan seorang yang sangat kreatif, berfikiran sangat mendalam dan telah menerbitkan banyak bahan bacaan yang berjilid. Terbitan bukunya yang paling terlaris iaitu mengenai pemikiran bawah sedar pada tahun 1900-1901 dan dilantik sebagai profesor di Universiti Vienna dan mempunyai pengikut yang setia. Namun beliau tidak tahan dengan kawan-kawannya yang menyimpang doktrin-doktrin psikonalisisnya. Beliau cuba memecat mereka yang enggan menerima aspek-aspek teorinya yang utama iaitu Corey 2001 contohnya yang paling terkenal seperti Carl Jung dan Alfred Alder dalam karyanya 'mengenai sejarah gerakan psikoanalisis. 
  
              Antara karya yang teragung yang telah dihasilkan oleh beliau ialah The Interpretation of Dreams yang bergenre psikologi. Bukunya itu berkisahkan tentang taksiran mimpi yang di alami kawalan bawah sedar seperti penyakit histeria. Diperkenalkan pada 4 November 1899. Selain itu, karya yang terpenting baginya ialah Civilization and its Discontents yang diperkenalkan pada tahun 1930 dalam bahasa German. Karyanya itu ditulis dalam tahun 1929 sebagai Das Unbehagen in Der Kultur dan dibaca secara meluas. Buku ini menceritakan tentang suatu keinginan yang meluas terhadap seksual dan perasaan membunuh. Ketidakpuasan datang apabila keinginan yang menggila itu di larang oleh undang-undang yang termaktub. Karyanya lainnya juga ialah Dora yang mengisahkan tentang seorang gadis yang menarik dan pintar yang berusia 18 tahun. Freud memberikan nama samaran Dora kepada gadis itu. Dora merupakan salah seorang pesakit Sigmund yang menghidap kes histeria yang sangat teruk menyebabkan kehilangan suara. Sigmund merawat Dora selama berbelas-belas minggu. Nama sebenar gadis itu ialah Ida Breur. Karyanya yang lain juga ialah Three Essays on the Theory of Sexuality yang telah diperkenalkan pada tahun 1905. Karyanya mengesahkan tentang 3 sumbangan kepada Teori Seks yang khususnya berkaitan zaman kanak-kanak.
    
              Teori-teori Sigmund Freud dalam psikoanalistik ialah perkembangan keperibadian dan perilaku abnormal daripada aliran psikologi. Aliran ini dikembangkan oleh Dr. Sigmund Freud sehingga dikenali dengan nama Aliran Freud. Proses mengubati gejala-gejala histeria mulai dari membius kemudian beralih ke hipnotis dan terapi bicara atau psikoanalisa yang mengutamakan pentingnya proses ketidaksedaran pesakit. Menurut Sigmund Freud keperibadian terbahagi kepada 3 elemen iaitu id, ego dan superego.

              Id ialah satu komponen keperibadian yang hadir sejak kecil atau sistem dasar keperibadian. Aspek keperibadian sepenuhnya sedar dan termasuk dari keperibadian naluriah dan primitif. Id adalah sumber segala tenaga psikik sehingga kompenon utama keperibadian di dorong oleh prinsip kesenangan yang berusaha untuk kepuasan segera dari segi keinginan. Ego pula berkembang seiring dengan hubungan individu mengikut lingkungan usia. Prinsipnya realiti atau kenyataan. Ego menahan tindakan sehingga dia memiliki kesempatan untuk menahan realiti secara akurat, memahami apa yang sudah terjadi dan merencana di masa hadapan. Tujuan ego adalah emnahan saluran dorongan, berfikir logik dan mengatur desakan dorongan-dorongan yang sampai kepada kesedaran. Manakala superego pula adalah mengembangkan keperibadian yang menampung semua standard internalisasi moral dan cita-cita kita. Superego mendorong untuk membuat penilaian.


              Pada tahun 1930, beliau telah dianugerahkan dengan Hadiah Goethe oleh bandar raya Frankurt sebagai penghormatan dalam psikologi. Bagaimanapun ibunya iaitu Amalia Freud telah mati pada tahun yang sama pada umur 95 tahun. Pada tahun 1933, Adolf Hitler dan Nazi merampas kuasa di Jerman dan buku-bukunya telah di bakar di S.A. di khalayak ramai. Menyusul Anschluss Jerman Nazi, beliau telah melarikan diri dari Austria dengan keluarganya yang dibantu oleh Puteri Marie Bonaparte yang merupakn kawan dan pesakitnya dari segi kewangan.
  
              Pada tahun 4 Jun 1935, Sigmund dan keluarganya dibenarkan melintasi masuk ke Perancis dan mereka membuat perjalanan di Paris ke Hampstead, London, England dimana mereka tinggal di 20,Taman Maresfield (kini muzium Freud). Sewaktu meninggalkan Jerman, Gestapo telah memaksa Sigmund menulis dan menandatangani sebuah kenyataan yang menyatakan bahawa beliau dilayan dengan penuh hormat. Sigmund menulis 'aku dengan mesra menyarankan Gestapo kepada setiap orang'. Muzium Sigmund Freud ditubuhkan pada tahun 1971 yang terletak di Vienna. Muzium Sigmund Freud ini banyak tersimpannya tentang sepanjang kehidupan-kehidupan beliau sejak dari zaman kanak-kanak hinggalah riwayat hidupnya yang terakhir dan hasil karya-karya yang telah diterbitkan olehnya. Muzium itu baru dibina pada tahun 1891 apabila Sigmund Freud berpindah ke sana. Muzium ini telah di buka pada tahun 1971 di hadapan anakya iaitu Anna Freud.
  
             Akhirnya seorang karyawan teragung iaitu Sigmund Freud telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 23 September 1939, Kematiannya berpunca daripada sikapnya juga yang merupakan seorang pengemar menghisap rokok atau cerut. Sigmund menghadap barah mulut. Beliau gemar menghisap cerut sepanjang hidupnya. Sekurang-kurangnya beliau akan menghisap cerut sehari sekotak dan menghidap barah mulut pada tahun 1923 ketika berumur 67 tahun, beliau telah menjalani 30 kali pembedahan dan beliau terpaksa memakai protesis yang amat menyakitkan untuk memisahkan mulut dari rongga hidungnya. Akibat tidak tahan kesakitan yang amat sangat beliau telah menjemput doktor perubatan peribadinya di rumah di London. Tujuannya adalah untuk menamatkan riwayat hidupnya. Dia mati disebabkan oleh dos morfina yang berlebih-lebihan. 


Rujukan :